ARTIKEL

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap hadir ke Program Semarak Kenegaraan di Hangar Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda). - Foto BERNAMA

Semak semula pemohon pelaburan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Malaysia akan menyemak semula pemohon pelaburan baharu bagi memastikan aktiviti mereka menjana pekerjaan dan membawa manfaat ekonomi kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memaklumkan kerajaan tentang kehadiran beberapa syarikat yang menggunakan gudang dan aktiviti transit tanpa menyediakan manfaat dari segi pekerjaan ataupun sumbangan ekonomi.

“MITI memaklumkan kepada kerajaan tentang kehadiran beberapa syarikat yang menggunakan gudang (namun) tidak menyediakan sebarang kelebihan, baik dari segi pekerjaan mahupun manfaat ekonomi.

“Kita telah menghentikan aktiviti tersebut, tetapi kita perlu menyemak semula pemohon baharu,” kata beliau kepada pemberita selepas merasmikan TikTok Shop Summit 2026, di sini.

Terdahulu, semasa sesi soal jawab, Anwar ditanya oleh peserta TikTok Shop tentang kemasukan produk murah dari luar negara melalui platform rentas sempadan seperti Temu dan Pinduoduo, dan langkah-langkah yang diambil kerajaan untuk memastikan pasaran yang mampan dan adil untuk perniagaan tempatan bersaing dan berkembang.

Menjawab soalan tersebut, Perdana Menteri berkata Malaysia, sebagai sebuah ekonomi terbuka, menyediakan peluang yang besar untuk perniagaan, manakala perkembangan pendigitalan dan perdagangan dalam talian telah meningkatkan kemasukan produk luar ke pasaran domestik.

“Malaysia ini negara perdagangan bebas… sekarang ini bila ada (platform) digital dan dalam talian, nampak kemasukan (perniagaan) itu sudah bertambah.

“Kadang-kadang (mereka menawarkan) kos paling rendah, sekarang dia panggil dumping, supaya dia dapat menguasai pasaran,” kata beliau.

Dalam pada itu Anwar yang juga Menteri Kewangan turut membangkitkan kebimbangan terhadap trend perniagaan yang mendaftarkan syarikat kecil menggunakan nama perniagaan tempatan walaupun produk yang dijual diimport sepenuhnya.

“Kadang-kadang (mereka) daftar syarikat kecil dengan menggunakan nama kedai kopi, guna nama perniagaan tempatan. Yang jualannya kopi, teh, biskut, semuanya barangan import.

“Tak ada langsung faedah bagi masyarakat, perniagaan tempatan,” kata beliau.

Anwar turut memetik contoh pelabur besar yang memasuki Malaysia dan menyewa gudang di Pelabuhan Klang tanpa mewujudkan permintaan untuk pekerja tempatan atau produk Malaysia.

“Ada pelabur besar masuk, dia sewa gudang di Pelabuhan Klang.

Tak ada langsung keperluan ambil pekerja tempatan ataupun produk tempatan.

“Jadi isu ini perlu ditangani. Kita telah memantau, pegawai penguatkuasa sudahpun mulai ambil beberapa tindakan,” kata beliau.

Beliau berkata aktiviti ini memerlukan penelitian yang lebih teliti bagi memastikan perniagaan yang beroperasi di Malaysia memberikan manfaat kepada ekonomi domestik. – Bernama 

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat