MIRI: Suasana di kediaman Ketua Pegawai Media TVS, Sardon Zainal, sempena sambutan Aidilfitri tahun ini berlangsung dalam suasana penuh kemesraan dan keakraban.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau, Datuk Sebastian Ting, yang bersama-sama meraikan Syawal dalam suasana mesra dan harmoni.

Sambutan ini mencerminkan nilai-nilai murni dalam masyarakat, di mana Aidilfitri bukan sekadar satu perayaan, tetapi juga wadah untuk memperkukuh hubungan serta mempererat perpaduan.


