KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menzahirkan penghargaan atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.
Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau bersyukur atas segala yang dilalui bersama-sama dengan keluarga dan warga kerja KPWKM sepanjang 2024.
“Sekiranya terdapat sebarang kelemahan, saya memohon ampun dan maaf. Justeru, saya berdoa agar ahli keluarga, seluruh warga kerja KPWKM, serta rakyat Malaysia diberikan kesihatan yang baik.
“Pada masa yang sama, saya mendoakan agar negara kita terus aman dan damai, kita dapat terus berusaha untuk memajukan diri serta bekerja demi kesejahteraan masyarakat,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Beliau juga mengucapkan Selamat Tahun Baru 2025 dan berharap agar tahun yang akan datang membawa lebih banyak kejayaan dan keberkatan.


