ARTIKEL

Semua Pelabuhan Sarawak Akan Dikorporatkan – Majang Renggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Semua pelabuhan di Sarawak bakal dikorporatkan dan dikelompok mengikut kepakaran serta kelebihan masing-masing menerusi pelaksanaan Kajian Induk Pelabuhan Sarawak (Sarawak Port Master Plan) bagi meningkatkan daya saing, kecekapan operasi dan pertumbuhan ekonomi negeri.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Majang Renggi berkata, langkah itu akan melibatkan enam pelabuhan utama di Sarawak termasuk Lembaga Pelabuhan Bintulu selepas proses pengambilalihannya daripada Kerajaan Persekutuan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

Menurut beliau, pengkorporatan pelabuhan akan membolehkan pengurusan operasi dilaksanakan secara lebih cekap menerusi tadbir urus korporat selain mengurangkan pertindihan fungsi antara pelabuhan di negeri ini.

Katanya, setiap pelabuhan akan diklusterkan berdasarkan kepakaran dan kelebihan masing-masing bagi memperkukuh prestasi operasi serta merancakkan pembangunan ekonomi di kawasan sekitar pelabuhan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis sambutan Gawai Dayak Peringkat Daerah Bintulu 2026 di sebuah restoran di sini, pada Ahad.

Majang berkata, pengambilalihan Pelabuhan Bintulu akan melengkapkan usaha Kerajaan Sarawak untuk mengendalikan sepenuhnya semua pelabuhan utama di negeri ini menerusi Lembaga Pelabuhan Sarawak (Sarawak Port Authority) sebagai badan pengawal selia tunggal.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan bahawa cadangan penubuhan Free Port Zone atau Kawasan Zon Bebas Cukai di Pelabuhan Bintulu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia pada awal tahun ini.

Dalam pada itu, Majang, yang juga ADUN Samalaju berkata sambutan Gawai Dayak bukan sekadar perayaan tradisi masyarakat Dayak untuk mensyukuri hasil tuaian padi, sebaliknya kini menjadi simbol perpaduan dan kejayaan masyarakat Sarawak dalam pelbagai bidang.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat