ARTIKEL

Semua pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia layak terima wang saku RM1,200

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pelajar Sarawak yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh Malaysia layak menerima wang saku berjumlah RM1,200 tanpa mengira pendapatan per kapita isi rumah.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dalam ucapan Belanjawan 2025, beliau telah mengumumkan bahawa pemberian wang saku itu hanya bagi pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah dengan pendapatan per kapita isi rumah RM1,500 ke bawah.

Bagaimanapun, katanya, beberapa wakil rakyat menyuarakan kebimbangan mereka dalam sesi perbahasan Belanjawan Sarawak 2025 dengan kriteria kelayakan tersebut.

“Saya mengambil maklum kebimbangan ini, justeru mengumumkan bahawa kesemua semua pelajar Sarawak di IPT seluruh Malaysia akan layak menerima wang saku itu tanpa mengira pendapatan keluarga mereka.

“Ini adalah komitmen Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk memastikan kebajikan bakat muda kita dijaga dengan baik,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga menggesa IPT dan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) untuk terus berinovasi dan menyesuaikan kurikulum serta kaedah pengajaran.

“Pelajar Sarawak yang belajar di IPT adalah saluran bakat untuk masa hadapan kita.

“Selepas tamat pengajian, merekalah yang akan menyumbang kepada kemajuan negeri ini.

“Saya mahu pelajar kita dapat memberi tumpuan 100 peratus kepada pelajaran mereka dan tidak bimbang tentang bagaimana cara mendapatkan dana yang mencukupi untuk makanan atau pengangkutan mereka,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU