ARTIKEL

Kredit: Bernama

Senarai akhir RTG akan diumumkan selepas mesyuarat bersama atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PETALING JAYA: Senarai rasmi atlet terpilih untuk program Road to Gold (RTG) hanya akan diumumkan selepas individu yang disenarai bersetuju dengan syarat ditetapkan jawatankuasa program.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata jawatankuasa RTG akan bertemu dengan atlet yang terpilih dalam tempoh dua minggu lagi untuk mengesahkan sama ada mereka menerima atau menolak tawaran berkenaan.

“Selepas mengadakan perbincangan, barulah kita boleh mendapatkan senarai atlet yang bersetuju.

“Ini kerana kita boleh memberikan tawaran, tetapi jika mereka enggan menerimanya, kita tidak boleh memaksa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan pejabat baharu Kongres Boling Tenpin Malaysia (MTBC) dan Buku Mewah Ulang Tahun ke-50 MTBC di sini semalam.

Pada Selasa, Jawatankuasa RTG mengumumkan 16 atlet dipilih untuk program itu, dengan 13 daripadanya terdiri atlet sukan badminton.

Senarai berkenaan, termasuk pemain profesional seperti Lee Zii Jia yang sebelum ini menolak tawaran untuk menyertai program itu bagi kempen Paris 2024.

Tiga atlet lain ialah pelumba berbasikal trek Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Nurul Izzah Izzati Mohd Asri serta atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan.

Sementara itu, Hannah dalam majlis berkenaan turut mengumumkan Geran Padanan Sukan bernilai RM180,000 untuk Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia 2025 yang berakhir semalam.

“Kementerian Belia dan Sukan menyokong penganjuran kejohanan hari ini dengan pemberian  RM180,000 Geran Padanan Sukan untuk MTBC meneruskan usaha cemerlang mereka.

“Ini kerana MTBC banyak melahirkan atlet bertaraf antarabangsa dan konsisten menyumbang pingat di peringkat antarabangsa,” katanya. — Bernama

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat