ARTIKEL

Suasana meriah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Senari Synergy di Dewan Hikmah yang dihiasi tema merah manggis elegan, menyatukan tetamu dalam semangat silaturahim, kemesraan dan perpaduan.

Senari Synergy rai Aidilfitri dengan rumah terbuka tema warna merah manggis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kumpulan Syarikat Senari Synergy menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dalam suasana penuh meriah di Dewan Hikmah, dengan mengetengahkan tema merah manggis yang elegan serta sofistikated, sekali gus mencerminkan identiti korporat yang tersusun dan eksklusif.

Majlis tersebut berjaya menarik kehadiran kira-kira 450 tetamu yang terdiri daripada pihak berkepentingan, rakan perniagaan, wakil pihak berkuasa tempatan serta kakitangan.

Suasana meriah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Senari Synergy di Dewan Hikmah yang dihiasi tema merah manggis elegan, menyatukan tetamu dalam semangat silaturahim, kemesraan dan perpaduan.

Tetamu mula hadir seawal 10 pagi dan disambut mesra oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Jefri Ahmad Tambi bersama-sama barisan ketua jabatan, mencerminkan budaya hospitaliti tinggi yang menjadi teras kepada organisasi berkenaan.

Keseragaman tema terserlah apabila majoriti tuan rumah dan kakitangan tampil segak dalam busana Aidilfitri pelbagai rona merah manggis, seiring dengan dekorasi dewan yang anggun dan tersusun rapi.

Suasana meriah Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Senari Synergy di Dewan Hikmah yang dihiasi tema merah manggis elegan, menyatukan tetamu dalam semangat silaturahim, kemesraan dan perpaduan.

Hidangan makanan turut menjadi antara tarikan utama apabila setiap anak syarikat dalam Kumpulan Senari Synergy mengendalikan gerai masing-masing, menawarkan pelbagai juadah tradisional.

Penganjuran majlis ini mencerminkan komitmen berterusan Kumpulan Senari Synergy dalam memperkukuh hubungan strategik bersama dengan rakan kerjasama serta komuniti setempat, selaras dengan nilai kebersamaan dan penghargaan yang menjadi tunjang organisasi. — Atiqah Azman ( Pelatih UNIMAS )

BERITA LAIN

BERITA TERBARU