KOTA SAMARAHAN: Seni tidak harus dilihat sebagai hiburan semata-mata atau kebolehan melukis dan menghasilkan sesebuah karya, sebaliknya merupakan medium komunikasi yang berkesan dalam menyampaikan ekspresi, idea serta nilai yang tersirat.
Dekan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Dr Louis Ringah Kanyan berkata, seni memainkan peranan penting sebagai saluran komunikasi alternatif yang mampu menyampaikan mesej yang tidak dapat diungkapkan melalui kata-kata, sekali gus mencerminkan pemikiran dan jiwa pengkarya.
“Seni adalah satu bentuk komunikasi. Ekspresi komunikasi. Mengapa komunikasi? Contohnya malam ini kita akan adakan battle of the band, ada nyanyian. Penulis itu dia menyampaikan seni menerusi lagu, lirik adalah satu seni penyampaian, komunikasi dalam bentuk penulisan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian program Ruai FACA 2026 yang berlangsung di DeTAR, UNIMAS, malam tadi.
Tambahnya, penganjuran Ruai FACA bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi platform yang menghimpunkan elemen seni, budaya, kreativiti serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga UNIMAS.
Louis turut menyentuh konsep ‘Ruai’ yang diketengahkan sebagai simbol ruang terbuka yang menyatukan komuniti untuk berkongsi idea, bakat dan nilai budaya, selari dengan peranan fakulti sebagai medan integrasi pelbagai disiplin seni.
Program Ruai FACA 2026 menyaksikan pelibatan lebih 100 pelajar dalam pengurusan dan penganjuran program, sekali gus menjadi medan pembentukan profesionalisme, disiplin serta kesiapsiagaan graduan seni untuk menghadapi realiti alam pekerjaan. – TVS

JIM Sarawak serbu lapan lokasi, tahan 74 warga asing
KUCHING: Seramai 74 warga asing ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak selepas pemeriksaan di lapan lokasi sekitar Kuching menerusi Ops Mahir dan Ops Sapu yang

