ARTIKEL

JIM Miri melakukan pemeriksaan ke atas warga asing di kawasan sekitar bandar raya Miri melalui beberapa siri operasi yang dijalankan

Seorang kanak-kanak antara 16 warga asing ditahan oleh UPI

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seramai 16 individu warga asing termasuk seorang kanak-kanak telah ditahan melalui beberapa siri operasi oleh Unit Penguatkuasa Imigresen (UPI) Miri di lokasi berasingan sekitar bandar raya Miri.

Menurut satu kenyataan yang disiarkan di akaun Facebook Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sarawak, operasi yang dijalankan selama dua hari itu terdiri daripada Ops Selera, Ops Belanja, Ops Gegar dan Ops Sapu.

Katanya, operasi kali ini tertumpu kepada tempat-tempat seperti kawasan perumahan, pusat refleksologi dan premis-premis makanan di Miri.

“Dalam operasi tersebut, UPI telah melakukan pemeriksaan terhadap 51 individu di beberapa lokasi berasingan di sekitar Miri.

“Daripada jumlah kesemua individu yang telah diperiksa, seramai 16 individu termasuk seorang kanak-kanak telah ditahan.

“Kesemua warga asing tersebut ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c), Seksyen 15 (1) (c) dan Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Pada masa sama, JIM Sarawak menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kehadiran warga asing yang tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah untuk menyalurkan maklumat melalui saluran sedia ada atau tampil hadir ke Pejabat Penguatkuasa Imigresen yang berhampiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU