ARTIKEL

Keadaan kereta mangsa yang melanggar tembok simen pada hujung jambatan di Jalan Kuching-Serian semalam.

Seorang maut, dua parah kemalangan di Jalan Kuching-Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Seorang maut, dua parah dan seorang cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah Toyota Corolla dan Toyota Hilux di Jalan Kuching-Serian, semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Neil Beginda berkata mangsa yang meninggal dunia ialah lelaki berusia 20 tahun, yang merupakan pemandu Toyota Corolla terbabit.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 11 pagi semalam semasa menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Serian akibat kecederaan dalam yang serius,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, katanya penumpang Toyota Corolla iaitu lelaki berusia 25 tahun turut cedera parah di kaki kanan, manakala lelaki warga emas berusia 60 tahun yang memandu Toyota Hilux cedera parah di bahagian tulang belakang dan seorang lelaki berusia 54 tahun yang merupakan penumpang cedera ringan.

Menurut Neil, kejadian yang dilaporkan kira-kira 10 pagi itu dipercayai berlaku apabila Toyota Corolla terbabit yang dalam perjalanan dari arah Kuching ke Serian, hilang kawalan semasa melalui selekoh lalu melanggar belakang Toyota Hilux.

“Kesan perlanggaran tersebut menyebabkan Toyota Hilux berpusing dan terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelah kiri sebelum jatuh ke dalam gaung, sementara Toyota Corolla turut terbabas ke sebelah kiri dan melanggar tembok simen pada hujung jambatan,” katanya.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU