ARTIKEL

MAUT…Seorang wanita maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Keromboi, dekat sini, awal pagi tadi.

Seorang maut, seorang cedera dalam kemalangan di Kampung Keromboi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Seorang wanita maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di Kampung Keromboi, dekat sini, awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mangsa dikenali sebagai Siti Nur Hafinda, 49, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

“Rakannya yang juga merupakan wanita berusia 30 tahun, mengalami kecederaan serius dan dikejarkan ke Hospital Serian untuk rawatan lanjut.

“Pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 6.40 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan dikerahkan ke lokasi yang terletak kira-kira empat kilometer dari balai,” katanya.

Terdahulu kata jurucakap itu, setibanya di lokasi pada 6.52 pagi, didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta Proton Saga.

Dua mangsa wanita ditemui terbaring di jalan dalam keadaan parah. Pasukan EMRS memberikan rawatan awal sebelum salah seorang daripada mereka disahkan meninggal dunia oleh pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) di tempat kejadian, katanya.

Beliau berkata, pemandu kereta Proton Saga tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi diketuai PBK I Saiful Ismail itu berjaya dikawal sepenuhnya pada 7 pagi dan ditamatkan setengah jam kemudian selepas kawasan kejadian disahkan selamat.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, sementara siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan sedang dijalankan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU