ARTIKEL

Anggota bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang maut, seorang parah kemalangan di bulatan Pulau Dudong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki maut dan seorang cedera parah dalam pertembungan membabitkan kereta Honda City dengan sebuah pikap di bulatan Pulau Dudong, di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dalam kejadian dilaporkan kira-kira jam 8.32 pagi itu, mangsa yang maut merupakan pemandu Honda City berkenaan, manakala mangsa yang cedera parah ialah penumpang.

Bagaimanapun, katanya pemandu Toyota Hilux terbabit, yang juga lelaki hanya cedera ringan.

“Pemandu Honda City terbabit tersepit di dalam kenderaan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Katanya mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU