ARTIKEL

Sepasang kekasih ditahan bawa 14,880 biji pil khayal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sepasang kekasih warga tempatan dicekup dalam cubaan menghantar dadah jenis syabu dan pil ekstasi bernilai lebih RM260,000 melalui Tebedu ke Indonesia di Kilometer 30 Jalan Serian-Tebedu, pada Khamis.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata tindakan kedua-dua suspek cuba melintasi kawasan tersebut seawal jam 5 pagi bagaimanapun berjaya dikesan oleh petugas Sekatan Jalan Raya (SJR).

Menurutnya hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan terbabit dipandu oleh seorang lelaki, 35, tahun dan dinaiki oleh seorang wanita berusia 38 tahun di bahagian hadapan tempat duduk penumpang.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap penumpang menemui sepeket plastik berwarna kelabu berisi dadah jenis syabu seberat 0.73 gram dan dua peket plastik berisi pil Ekstasi sebanyak 14,880 biji.

“Kedua-dua suspek mengaku menjadi keldai dadah dan hanya bertindak menghantar barangan tersebut ke Tebedu untuk dibawa masuk ke negara Indonesia,” katanya dalam sidang media di Bilik Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuching, Sarawak di sini hari ini.

Beliau turut mendedahkan, bahawa suspek mengaku mengambil upah RM3,000 sekali penghantaran sebagai keldai dadah atas desakan hidup.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali