ARTIKEL

ANTARA penerima PPS daripada Abang Johari dalam istiadat pengurniaan pingat tersebut.

Seramai 298 penjawat awam terima Pingat Perkhidmatan Setia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seramai 298 penjawat awam dari pelbagai agensi dan jabatan telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia (P.P.S) yang diadakan di Kompleks Islam Sarawak Sibu di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan oleh Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

ANTARA penerima PPS daripada Abang Johari dalam istiadat pengurniaan pingat tersebut.

Majlis kali ini merupakan majlis kedua yang diadakan untuk tahun 2023.

Penerima terdiri daripada 16 buah Jabatan/Agensi, merangkumi Kerajaan Negeri (13) dan Persekutuan (3).

ANTARA penerima PPS daripada Abang Johari dalam istiadat pengurniaan pingat tersebut.

Antara yang turut menerima P.P.S pada tahun ini ialah Residen Bahagian Sarikei Michael Ronnie Langgong, Residen Bahagian Kapit Galong Luang (25 tahun), Timbalan Residen Bahagian Sibu Christopher Ranggau Unting (28 tahun) dan Pemangku Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Rajang Hayati Kiprawi (31 tahun).

Paling lama dalam perkhidmatan yang turut menerima pingat tersebut yang berkhidmat selama 41 tahun ialah Hendrew Uka Alo dari Jabatan Kerja Raya Sarawak, Eddy Lalla William Dumbal (Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak), Limen Muyang, Rose Kasi, Irah Malang, Rebecca Sapok Jalong dan Genillun Moleng yang masing-masing dari Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

Hadir sama isteri Abang Johari Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Dr Jerip Susil, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Datu Dr. Muhammad Abdullah Zaidel, Residen Bahagian Sibu Datuk Wong Hee Sieng.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU