Serba Dinamik, UniMy meterai kerjasama

KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Group Bhd dan University Malaysia of Computer Science & Engineering (UniMy) memeterai sijil kerjasama (Certifi cate of Collaboration) membolehkan kedua-dua pihak bekerjasama menjalankan latihan teknikal dan perkongsian teknologi,

kepakaran serta program pensijilan yang diiktiraf oleh Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Politeknik Malaysia dari Terengganu.

Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah berkata, kerjasama itu harus dijadikan sebagai kunci kejayaan Revolusi Industri (IR) 4.0.

“Kita perlu menyedari silibus pembelajaran abad ke-21 perlu disemaikan dan dilaksanakan mengikut perkembangan teknologi yang berubah dengan pantas bagi menghadapi IR 4.0 di peringkat politenik dan universiti, mereka membuat persediaan dalam menghadapi ekosistem digital,” katanya.

Beliau berkata proses yang memerlukan setiap peringkat institusi pengajian memandang serius berkaitannya untuk pengadaptasian IR 4.0 supaya kekal relevan dengan perkembangan pasaran semasa.

Majlis menandatangani sijil kerjasama itu disiarkan secara langsung menerusi Facebook UniMy, ia melibatkan tiga Politeknik iaitu Politeknik Besut Terengganu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Politeknik Kuala Terengganu.

CoC ini ditandatangani oleh Naib Canselor UniMy, Professor Datuk Dr Mohd Razali Muhamad, manakala bagi Serba Dinamik pula ditandatangani Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah. – Bernama

Suara Sarawak