BETONG: Finalis musim lalu, Serian menutup saingan peringkat kumpulan Zon Betong, Liga SSC-FAS Bawah 20 Tahun 2023 dengan penuh bergaya selepas menumpaskan tuan rumah Betong A.
Serian berjaya memperoleh kemenangan 5-2 pada perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Betong, hari ini.
Lima gol kem kendalian Rockeffller Sullau dijaringkan oleh Aaron Jeremiah Renang minit ke-11, Zaifudin Seruji minit ke-35, Mohamad Syah Qabillah Rosli minit ke-46, Mohamad Nazrul Aiman Abu Supian minit ke-71 dan Badshiraf Aima Bogi minit ke-88.
Sementara itu, dua gol Betong A dijaringkan Shahrul Irfan Nanjar Zuluce minit ke-79 dan Noel Angkik Sujang minit ke-89.
Kemenangan tersebut meletakkan Serian ditangga teratas kumpulan sekali gus
layak bersaing merebut Piala Taib 2023.
Mengiring Serian ke pentas lapan terbaik itu kelak ialah Sarikei di kedudukan kedua berkelebihan jaringan.

