ARTIKEL

Setiap hari seperti pilihan raya

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Setiap parti tentu mengakui sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya yang diadakan pada bila-bila masa.

Presiden Parti Rakyat Bersatu (SUPP) Datuk Sri Sim Kui Hian berkata, persediaan bukan hanya perlu dibuat menjelang pilihan raya malah pada setiap masa.

“Bagi pemilihan calon, individu itu harus seorang yang aktif menjalankan tanggungjawab dan mempunyai matlamat jelas dalam memperjuangkan keperluan rakyat.

“Apa yang paling penting adalah hak Sarawak perlu diutamakan dan diperjuangkan sejajar matlamat yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media setelah selesainya majlis penyerahan Kad Emas Kenyalang bagi kawasan Batu Kawa di Bangunan Baitulmakmur,kelmarin.

Menurut Kui Hian, rakyat perlu berbangga terhadap kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Sarawak terutama dalam usaha membantu golongan yang memerlukan di negeri ini.

Sim mengingatkan agar semua masyarakat terus memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi wabak Covid-19 yang melanda negara.

Beliau berharap semua pihak memainkan peranan masing-masing serta kekal mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU