ARTIKEL

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak John Nyigor mewakili Setiausaha Politik Premier Sarawak di seluruh negeri, bersama-sama membuat laporan polis terhadap Bozz Jebat susulan video tular menghina Abang Johari.

Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak buat laporan polis terhadap Bozz Jebat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Satu lagi laporan polis dibuat terhadap ‘Bozz Jebat’ oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak John Nyigor, sebentar tadi di Balai Polis Satok susulan video tular menghina Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Mewakili Setiausaha Politik Premier di seluruh Sarawak, John memberitahu bahawa laporan bukan sahaja dibuat kerana kenyataan berbaur penghinaan yang dilakukan, tetapi juga terhadap kata-kata yang membawa sentimen tidak menyenangkan dalam kalangan masyarakat.

“Selain merendahkan Premier (Abang Johari), individu tersebut juga mengeluarkan kenyataan seolah-olah Sarawak bukan sebahagian daripada Malaysia.

“Perkara ini mungkin menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam kalangan masyarakat dan kita mahu hentikan tindakan seumpama ini.

“Justeru, kita mahu meletakkan tanda noktah terhadap sikap sedemikian kerana jika tidak dihentikan, ia mungkin akan berulang lagi pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengetuai Setiausaha Politik Premier Sarawak di seluruh Sarawak membuat laporan polis terhadap ‘Bozz Jebat’ di Balai Polis Satok, Jalan Nagor, hari ini.

Sehubungan itu, beliau bertegas membuat laporan polis agar individu berkenaan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan Jenayah.

Sementara, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata mengesahkan telah menerima tiga laporan berhubung kes berkenaan di Balai Polis Santubong (dua laporan) dan satu di Balai Polis Gita berhubung tindakan bekas ahli Umno, Zool Amali Hussin atau ‘Bozz Jebat’ menerusi video tular tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU