KUCHING: Penyerang berpengalaman, Nur Shamie Iszuan Amin, 29 terkejut apabila nama beliau turut dikaitkan sebagai muka baharu yang akan menyarung jersi Kuching City FC musim ini.
Dalam keadaan bintang kelahiran Kampung Rayu, Jalan Matang itu masih mempunyai baki kontrak setahun bersama pasukan Sri Pahang FC.
Sekali gus, penyerang lincah itu menafikan berita yang heboh diperkatakan di media sosial ketika ini.
“Saya masih lagi bermain untuk Sri Pahang FC, tambahan pula kontrak bersama pasukan ‘Tok Gajah’ masih berbaki setahun lagi.
“Berita yang heboh ketika ini adalah tidak benar sama sekali,” ujar Shamie kepada Arena Suara Sarawak.

