ARTIKEL

Superintendan Mohd Haide A Rahman.

Sidang Litar Mahkamah Bau: 13 individu dihukum penjara, denda babit kes dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seramai 13 individu berdepan hukuman penjara antara tujuh hingga 11 bulan selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki dadah di Mahkamah Majistret Bau, di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, mereka turut dikenakan denda antara RM2,500 hingga RM5,000 dan hukuman penjara tambahan sehingga dua tahun jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

“Kesemua hukuman itu diputuskan dalam Sidang Litar Mahkamah Majistret Bau yang berlangsung selama dua hari, 27 dan 28 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan.

Mohd Haide menambah, sebanyak 29 kertas siasatan dituduh sepanjang sidang berkenaan membabitkan kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurutnya, terdapat individu yang berdepan sehingga empat pertuduhan di bawah Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Tujuh individu turut mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Daripada jumlah itu, mereka masing-masing dijatuhkan denda RM2,900, dengan hukuman penjara antara lima hingga tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda,” katanya.

Mohd Haide berkata, Sidang Litar Mahkamah Majistret Bau bagi bulan ini berlangsung pada minggu keempat bagi mendengar kes-kes berkaitan.

Pendakwaan katanya dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Afiq Safiy Nor Kazly, di hadapan Majistret Tuan Ling Hui Chuan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU