ARTIKEL

Dadah jenis ganja yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah di Petra Jaya

Simpan ganja seberat 464 gram, suspek direman 7 hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Tindakan seorang lelaki tempatan menjadikan sebuah rumah di sebuah kampung di Petra Jaya sebagai lokasi menyimpan dadah terbongkar selepas diserbu polis dalam operasi sekitar jam 11.20 pagi, pada Sabtu (18 Febuari).

Menjeut kenyataan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, Suspek berusia 28 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), hasil risikan berterusan pihak berkuasa.

Ketua operasi memaklumkan, pemeriksaan lanjut di lokasi berjaya menemui dadah disyaki ganja seberat 464 gram yang dianggarkan bernilai RM1,392.

“Suspek turut didapati positif dadah jenis THC melalui ujian saringan awal air kencing dan kini direman selama tujuh hari bermula 17 hingga 23 April bagi membantu siasatan lanjut,” ujar kenyataan.

Kenyataan turut memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman berat termasuk gantung sampai mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti dadah, sama ada sebagai pengedar, pemilik mahupun pelindung.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan dadah diminta tampil membantu dengan menyalurkan maklumat melalui Hotline JSJN Bukit Aman di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211.

BERITA LAIN

Cubaan seludup rokok di Serikin gagal

KUCHING: Cubaan menyeludup rokok ke Indonesia melalui laluan haram di Serikin berjaya digagalkan Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan nilai keseluruhan rampasan mencecah RM194,850, awal pagi

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road