ARTIKEL

SINDIR BADAN boleh dikenakan tindakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SUDAHLAH gemuk, kuat makan pula tu.

Kau ni kalau berdiri kat tempat gelap nampak mata dengan gigi je.

Muka berjerawat, kulit muka berlubang-lubang, gigi pula jongang.

Demikian, antara contoh ayat merujuk kepada perbuatan body shaming atau sindir badan yang sering terjadi dalam kalangan masyarakat. 

Mungkin, ada dalam kalangan rakan yang mengeluarkan kata-kata sedemikian sekadar untuk bergurau atau menjadi “modal” menghiburkan suasana.

Bagaimanapun, pasti mangsa sedih mendengar kata-kata hinaan melibatkan keadaan fi zikal diri, malah dijadikan sebagai bahan jenaka.

Perbuatan mengejek fi zikal seseorang bukan sesuatu yang baharu, malah terjadi di media sosial.

Tanpa disedari, perbuatan tersebut boleh menyebabkan mangsa mengalami  tekanan dan gangguan emosi, kehilangan keyakinan diri, kecelaruan pemakanan dan kemurungan.

MENYAKITKAN HATI

Pada tahap yang lebih serius, ia mampu menyebabkan mangsa mengambil tindakan membunuh diri. 

Menurut Public Health Malaysia, pelaku sindir badan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. 

Ia termasuklah, seseorang yang menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian perkhidmatan aplikasi secara sedar untuk tujuan tersebut. 

Selain itu, individu yang memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik dengan niat menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain. 

Justeru, perbuatan mengutuk, menghina dan mencaci bentuk tubuh seseorang merupakan kesalahan jenayah yang boleh diambil tindakan undangundang.

Menurut sumber, undangundang yang terpakai di Malaysia untuk menangani pelakuan jenayah berkenaan adalah di bawah Seksyen 233(1)(a)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Dengan ini, individu yang didapati bersalah di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dikenakan denda tidak lebih RM50,000 dan penjara tidak lebih setahun atau keduaduanya.

Manakala kesalahan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan boleh dikenakan penjara sehingga lima tahun.

Selain itu, bagi kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil pula, seseorang yang didakwa boleh didenda tidak melebihi RM100.

JANGAN BALAS

Dalam pada itu, sindir badan mampu menjadi pengalaman ngeri kepada mangsa.

Ia boleh dikawal oleh diri sendiri bagi menghadapinya. 

Antara kaedah yang boleh digunakan ialah biasakan diri bertenang dan kawal emosi.

Kalau kita marah, kita kalah. Selain itu, jangan sesekali balas dengan kemarahan, tetapi balas kembali dengan respons positif.

Dengan cara ini, sudah tentu individu tersebut berasa malu atas tindakannya.

Dalam pada itu, mangsa digalak mengehadkan interaksi dengan individu negatif berkenaan.

Jika berada di media sosial, anda ada dua pilihan sama ada membuang atau menyekat individu itu sebagai senarai rakan kerana kesihatan mental kita lebih penting dan jangan biarkan individu bersikap negatif berada di sekitar anda. 

Perlu diingat, cara memberi respons kepada individu yang suka sindir badan ini sangat penting bagi memastikan kita tidak terus menjadi mangsa.

Kesimpulannya, cara percakapan melambangkan personaliti kita.

Bergurau jangan sampai membuat seseorang itu berasa malu dan rendah diri atau kecil hati.

Bagi anda ia mungkin perkara biasa namun bagi mangsa ia boleh mengganggu emosi dan jiwa mereka. 

LAIN-LAIN BERITA

Perempuan hidup lebih lama

SEKIRANYA bayi anda lahir pada 2021, 2022 dan 2023, secara purata dijangka hidup sehingga 74.0 tahun, 73.8 tahun dan 74.8 tahun. Ia bedasarkan Jadual Hayat

Pembangunan fizikal luar bandar jadi keutamaan

MEMANDANGKAN Sarawak wilayah terbesar di Malaysia, ia menjadi cabaran pembangunan untuk rakyatnya menikmati kemajuan. Kawasan luar bandar memerlukan kemajuan dari segi pembangunan fi zikal terlebih

Demam anak raja

SAYA selalu terfikir; apakah rasanya menjadi anak raja? Teringin untuk merasa kehidupan sebagai anak raja dan tinggal di istana. Kata orang, angan-angan itu wangian, walaupun

Percepat penurunan kuasa

SECARA asas, sistem pembahagian kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi perundangan dan pemerintahan. Tujuannya untuk melicinkan urus tadbir. Di bawah Senarai Persekutuan, ia meliputi

Beli rumah atau sewa?

TAK PERLU BELI RUMAH, ia membebankan, lebih baik kita sewa sahaja. Demikian, antara kata-kata yang sering kali kita dengar daripada segelintir masyarakat yang sangat takut

ASRAMAKU RUMAHKU

ASRAMA bagi sekolah rendah dan menengah di kawasan luar bandar amat penting untuk pelajar. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Datuk Seri Fatimah Abdullah

BERITA TERBARU

Lenyau mentor ti bepenau

KUCHING: Penau Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud enggau bisi runding strategik mujur mai pemansang moden ngagai Sarawak. Menteri Industri Pemakai, Komoditi enggau Pemansang Wilayah