ARTIKEL

Singapura, Malaysia Komited Perkukuh Kerjasama Dalam Bidang Strategik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia menegaskan semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang berkepentingan bersama termasuk jaminan bekalan makanan dan tenaga.

Kementerian Luar Singapura (MFA) memaklumkan komitmen itu dizahirkan semasa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Isnin.

Tharman kini dalam rangka lawatan negara sulung ke Malaysia dari 13 hingga 15 Julai.

MFA berkata kedua-dua pemimpin turut bertukar pandangan mengenai perkembangan geopolitik, termasuk implikasi situasi yang sedang berlaku di Asia Barat.

“Kedua-dua Presiden Tharman dan Perdana Menteri Anwar menegaskan semula kepentingan menjunjung undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS), serta mempertahankan kebebasan pelayaran,” menurut kenyataan itu pada Selasa.

Tharman dan isteri, Jane Ittogi Shanmugaratnam, telah diberikan istiadat sambutan negara di Istana Negara dan disambut oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada Isnin.

Pada Selasa, Presiden Singapura itu turut menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

“Sepanjang pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan potensi kerjasama termasuk dalam bidang pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET), penyesuaian iklim, mitigasi banjir dan pembangunan syarikat pemula.

“Presiden Tharman turut mengalu-alukan lebih banyak pertukaran antara Singapura dan Selangor,” menurut kementerian itu.– BERNAMA

BERITA LAIN

Trump siarkan video lelaki maut akibat harimau

WASHINGTON: Presiden AS Donald Trump memuat naik rakaman yang mengemparkan di akaun Truth Social beliau pada Selasa, memaparkan seorang lelaki di Britain yang maut dibaham

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat