Trending

Sistem ombudsman menyumbang kepada ekonomi Sarawak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Chieng Jin Ek | BERNAMA

KUCHING: Penubuhan sistem ombudsman di Sarawak dapat menyumbang kepada ekonomi dalam beberapa cara, kata Adun Bukit Assek Chieng Jin Ek.

Menurutnya, ombudsman memainkan peranan penting dalam memerangi rasuah dengan menyiasat dakwaan penyelewengan dalam badan kerajaan.

Justeru kata beliau, sistem ombudsman ini menyumbang kepada mewujudkan persekitaran yang lebih baik dengan memastikan pegawai bertanggungjawab dan mempromosikan amalan telus dan beretika.

“Ketidakcekapan dan salah urus dalam perkhidmatan awam boleh menghalang pembangunan ekonomi. 

“Sistem ombudsman ini berfungsi sebagai semakan terhadap isu terhadap isu sedemikian, memastikan perkhidmatan awam disampaikan dengan berkesan, saksama dan responsif kepada keperluan rakyat,” katanya ketika membahaskan RUU Ombudsman Sarawak 2023 di DUN Sarawak, di sini hari ini.

Jin Ek berkata, RUU ini juga menyediakan mekanisma yang adil bagi menyelesaikan pertikaian, bukan sahaja kepada individu malah perniagaan dan pengguna. 

Katanya, menerusi institusi ombudsman mereka dapat menangani aduan yang timbul, layanan tidak adil, salah guna kuasa oleh entiti kerajaan.

“Ombudsman menyumbang kepada memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan melindungi hak usahawan dan pelabur.

“Ini menyumbang kepada peningkatan keyakinan pelaburan, mempromosi keusahawanan dan menarik pelaburan asing,” ujarnya.

Katanya lqgi, ombudsman ini juga memainkan peranan penting dalam memupuk ketelusan dan akauntabiliti yang lebih tinggi dalam institusi kerajaan. 

Beliau berkata, ini membantu untuk meningkatkan kepercayaan orang ramai dalam tadbir urus, mengurangkan ketidakpastian, dan memupuk persekitaran yang kondusif untuk aktiviti ekonomi.

“Walaupun kesan sistem ombudsman terhadap ekonomi mungkin tidak dapat dilihat dengan serta-merta, promosi tadbir urus yang baik, ketelusan, akauntabiliti dan penyampaian perkhidmatan awam yang cekap meletakkan asas bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan, peningkatan pelaburan dan pembangunan ekonomi yang menyeluruh,” ujarnya.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru