SK Kg Tellian juarai Pertandingan Action Song

MUKAH: Pasukan SK Kampung Tellian Mukah berjaya menewaskan sekolah pesaing lain apabila menjuarai Pertandingan Action Song Tahap 1 Peringkat Daerah Mukah 2019 baru-baru ini. Tempat kedua dimenangi oleh SK Kampung Seberang Mukah.

Objektif pertandingan ini ialah memilih pasukan yang akan mewakili bahagian Mukah ke Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Negeri Sarawak pada 8 hingga 10 Julai 2019 yang akan diadakan di Bahagian Miri.

Hadir menyaksikan pertandingan tersebut ialah Pegawai Unit Kokurikulum Pejabat Pendidikan Daerah Mukah Daerah, Christoper Spencer Latip.

Turut hadir ialah Pengerusi Pengelola, Hj Jaafar Hj Zaini merangkap Guru Besar SK Kampung Seberang Mukah, Guru Besar-Guru Besar, Guru-guru dan ibubapa peserta.

Menang…. Pasukan SK Kg Tellian merakam gambar kenangan.

Suara Sarawak