ARTIKEL

Perasmian seminar Enabling Intelligent and Resilient Utilities through Standards di MCMC Centre of Excellence, Cyberjaya hari ini (14 Oktober).

SKMM Perkukuh Standard Teknikal Bagi Perkhidmatan Komunikasi, Elektrik dan Air

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memperkukuh pembangunan standard teknikal bagi memastikan perkhidmatan penting seperti komunikasi, bekalan elektrik dan air beroperasi dengan lebih selamat, stabil dan berkesan.

Suasana sepanjang seminar terbabit.

SKMM dalam kenyataannya memaklumkan bahawa, usaha itu penting berikutan kebergantungan yang semakin meningkat dengan teknologi digital dan sistem yang saling berhubung, sehingga gangguan dalam satu sistem berpotensi menjejaskan perkhidmatan lain serta kehidupan seharian rakyat.

Sehubungan itu, SKMM menganjurkan seminar Enabling Intelligent and Resilient Utilities through Standards di MCMC Centre of Excellence, Cyberjaya, hari ini, bersempena dengan Hari Standard Sedunia 2026.

Seminar itu turut mengetengahkan Rangka Kerja Tadbir Urus Standard Teknik MCMC (Framework for Technical Standards Governance) bagi menambah baik perancangan, penyelarasan dan pembangunan standard teknikal dalam sektor komunikasi dan multimedia, selaras dengan perkembangan teknologi serta keperluan industri.

Sesi berkenaan menghimpunkan wakil agensi kawal selia, badan pembangunan standard, pihak industri, pihak berkuasa tempatan dan ahli akademik untuk membincangkan penyelarasan standard teknikal merentas sektor komunikasi, tenaga, air dan pembangunan infrastruktur.

“Kerjasama berterusan dengan agensi berkaitan dan pihak industri akan diperkukuh bagi memastikan teknologi serta sistem yang digunakan dapat berfungsi dengan lebih baik secara bersepadu.

“Usaha itu sekali gus menyokong penyediaan perkhidmatan penting yang lebih selamat dan stabil demi manfaat rakyat,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU