ARTIKEL

SEDIA GEGAR...Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah (empat kanan) bersama-sama para pemain AHMSKSP, selain ibu bapa dan guru mereka

Skuad Akademi AHM Soccer Kids Semerah Padi janji beri saingan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Skuad Akademi AHM Soccer Kids Semerah Padi siap sedia untuk turun mengharungi gelora sebenar Kejohanan Bola Sepak (Bawah 8 dan 10 Tahun) Piala Presiden BAARZ ACADEMY 2023.

Kejohanan terbabit akan berlangsung pada Sabtu, 21 Oktober depan di Padang Bola Sepak ABC, Presint 5, Putra Jaya.

Barisan kendalian jurulatih berpengalaman, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah akan bersaing dalam kategori Bawah 10 Tahun.

“Barisan pemain kita sudah siap sedia untuk beraksi. Meskipun, tiada sasaran diletakkan, namun pemain berazam memberikan yang terbaik pada setiap perlawanan,” ujar Faizal kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau memberitahu, ini adalah penampilan pertama pemain dari akademi terbabit dan memadai untuk mereka meraih pengalaman.

“Pada masa sama peluang untuk mendedah pemain kepada aksi kompetitif,” tegasnya lagi.

Menurut Faizal, kejohanan itu yang turut disertai pasukan kelompok umur yang sama mewakili pelbagai akademi beberapa buah negeri lain.

Justeru, beliau melihat kredit yang bakal diperoleh barisan pemain akademi berkenaan tatkala menempuh setiap perlawanan yang ada.

“Kami adalah akademi baharu dan saya percaya melalui pembabitan pemain dalam kejohanan itu akan dapat menjadi landasan meningkatkan mutu permainan masing-masing.

Faizal menyatakan, skuad akademi terbabit yang diperkuat pemain dari kawasan Kuching serta Kota Samarahan.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha