SELANGOR: Skuad memanah menutup pentas saingan temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026 di Stadium INSPEN dengan cemerlang.
Skuad berkenaan berjaya melepasi sasaran dengan membawa pulang tiga pingat emas, dua perak dan dua gangsa.
Pingat emas pertama disumbang Joey Tan Xing Lei menerusi acara Recurve 70 Meter Wanita.
Sarawak kemudiannya menambah dua lagi pingat emas menerusi acara Compound Berpasukan Campuran dan Compound Berpasukan Wanita.
Dalam acara Compound Berpasukan Campuran, gandingan pemanah iaitu Eason Lau Hui Wan dan Wee Yi Qi berjaya menewaskan pasangan Kedah untuk menghadiahkan pingat emas kedua.
Pingat emas ketiga pula disumbangkan oleh trio Aira Nadirah, Nur Zara Aisyah dan Yi Qi selepas menundukkan wakil Terengganu.
Dalam pada itu, Joey Tan turut menyumbang pingat perak menerusi kategori Recurve Perseorangan Wanita.
Satu lagi pingat perak disumbangkan oleh trio Compound Berpasukan Lelaki menerusi Eason Lau, Ryan Yong dan Zhorif Fahim.
Yi Qi turut menyumbang pingat gangsa Sarawak dalam acara Compound Perseorangan Wanita.
Pingat gangsa terakhir Sarawak pula diperoleh menerusi acara Recurve Berpasukan Lelaki menerusi Pok Hoe En, Melvin Tieh Xuan Ruey dan Darren Chua Huay Zhe selepas menewaskan jiran tetangga, Sabah.



