KUCHING: Skuad tinju Ghana sah akan datang ke Kuching untuk menjayakan siri jelajah latihan mereka.
Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA), Datuk Rahman Lariwoo, memberitahu bahawa beliau dan wakil pasukan skuad kebangsaan negara tersebut telah bermesyuarat di ibu negara baru-baru ini.
Mereka berjaya mencapai persetujuan bersama berhubung perkara itu.
“Barisan petinju skuad kebangsaan dari negara Ghana memilih Bandar Raya Kuching bagi medan siri jelajah latihan.
“Petinju terbabit akan tiba pada minggu pertama bulan Februari tahun depan (2025),” ujar Rahman kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, barisan skuad terbabit, yang terdiri dari 11 petinju, kesemuanya akan berkampung selama dua minggu di sini.
Menurut Rahman, pihaknya juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED).


