ARTIKEL

Frederick Xian Foto. MOHD ALIF NONI

Skuad tinju tempat kedua keseluruhan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Acara sukan tinju menutup pentas saingannya di Stadium Tertutup Sri Aman malam ini, menyaksikan tuan rumah, Sarawak sekadar berpuas hati di tempat kedua.

Meraih 11 pingat keseluruhan dengan empat emas, empat perak dan tiga gangsa, gagal mengatasi pencabar utama, Pulau Pinang yang berjaya meraih lima emas dan satu gangsa.

Pingat emas keempat Sarawak dihadiahkan oleh Frederick Xian Bartholomew Albern menerusi kategori feather weight (57kg) hasil kejayaan menumpaskan petinju dari Sabah, Joel Evekly Jain (5-0).

Sementara itu, dalam satu lagi pertarungan menyaksikan seorang lagi petinju Sarawak, Clavia Charlene Sudang Kennedy sekadar berpuas hati beroleh pingat perak selepas tewas di tangan petinju Pulau Pinang, Sharmela Tamil Selvam.

Untuk rekod, pada pusingan pertama perlawanan akhir (22 Ogos) menyaksikan tiga pingat emas Sarawak disumbangkan oleh Clarkson Evans Tom Frankie (48 kg), Gideon Riquelme Jonathan (75 kg) dan Hamiesha Hamdan (57 kg wanita).

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat