ARTIKEL

FRIDAY ketika meluangkan masa melawat dan bertemu skuad angkat berat Sarawak di MMA Fighter Centre Kuching, semalam.

SUKMA Selangor: 16 Atlet Angkat Berat Sarawak Sedia Beri Saingan Terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SKUAD angkat berat Sarawak bertekad memperbaiki pencapaian yang diraih pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI di Betong apabila turun beraksi pada SUKMA XXII di Selangor yang berlangsung dari 14 hingga 21 Ogos ini.

Penolong Ketua Kontinjen (ACDM) Sukan Angkat Berat Sarawak, Friday Belik berkata, barisan atlet yang dipilih kali ini rata-ratanya berusia di bawah 20 tahun, namun memiliki semangat juang yang tinggi untuk memberikan saingan terbaik.

“Walaupun sebahagian besar atlet kita masih muda, mereka menunjukkan komitmen, disiplin dan kesungguhan sepanjang menjalani latihan.

“Kami berharap mereka mampu memperbaiki pencapaian yang dicatatkan pada SUKMA XXI di Betong pada 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika meluangkan masa melawat dan bertemu skuad angkat berat Sarawak sebagai tanda sokongan serta memberikan kata-kata semangat menjelang pertandingan.

Friday, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, turut mengingatkan para atlet supaya sentiasa berdisiplin, menjaga kesihatan dan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang temasya berlangsung.

“Saya yakin jika setiap atlet menampilkan prestasi terbaik dan berjuang dengan penuh semangat, Sarawak mampu mencapai keputusan yang membanggakan,” ujarnya.

Pada SUKMA XXII kali ini, Sarawak mempertaruhkan 16 atlet yang akan bersaing dalam beberapa kategori angkat berat.

Pasukan itu diketuai oleh James Digat selaku pengurus pasukan, manakala Jonathan Patrick bertindak sebagai ketua jurulatih yang bertanggungjawab membimbing atlet sepanjang kempen SUKMA di Selangor.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU