KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching.
Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama yang bermula pada 4 hingga 17 Mei lalu, disusuli pelaksnaan rutin yang sama fasa kedua bermula dari 6 hingga 26 Julai lalu.

Majlis penangguhan disempurnakan oleh Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Kaunselor Khairulddin Qalam Daud.
Mengulas lanjut berkaitan kursus tersebut, beliau menzahir ucapan tahniah kepada semua jurulatih terbabit kerana berjaya menamatkan kursus berkenaan dengan cemerlang.
Beliau melihat perkara itu sebagai satu perkembangan positif dengan pembangunan sukan bola sepak di Sarawak yang menjurus kepada bidang kejurulatihan.
“Syabas dan tahniah kepada semua jurulatih terlibat menjayakan kursus berkenaan,” ujar Qalam kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau berharap kejayaan penganjuran kursus terbabit dapat menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti bidang kejurulatihan serta pembangunan bola sepak Sarawak ke tahap yang lebih tinggi.
TAMAT/….

