ARTIKEL

Mohd Zaib berucap merasmikan penutupan penutupan Program Bicara Ilmu bertajuk “Peluang Dekat, Pasaran Nyata” anjuran IKMa di sebuah hotel di Bintulu pada Khamis.

Ekonomi Penjagaan Buka Peluang Perniagaan Baharu kepada Koperasi


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sektor ekonomi penjagaan atau ‘care economy’ berpotensi membuka peluang perniagaan baharu kepada gerakan koperasi, khususnya dalam penyediaan perkhidmatan penjagaan warga emas, penjagaan di rumah dan sokongan komuniti yang semakin diperlukan masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Modal Insan) Institut Koperasi Malaysia (IKMa), Mohd Zaib Mat Yunus, berkata perubahan demografi dan peningkatan keperluan penjagaan membuka ruang kepada koperasi untuk meneroka bidang perniagaan yang bukan sahaja mampu menjana pendapatan, malah memberi manfaat kepada masyarakat.

Beliau berkata koperasi berpotensi memainkan peranan penting dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan yang lebih teratur, profesional dan mudah diakses, mengikut keperluan komuniti setempat.

“Apabila masyarakat berubah, keperluan turut berubah. Bagi koperasi yang peka terhadap perubahan ini, setiap perubahan boleh menjadi petunjuk kepada peluang dan pasaran baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Program Bicara Ilmu bertajuk “Peluang Dekat, Pasaran Nyata” anjuran IKMa di sebuah hotel di sini, pada Khamis.

Mohd Zaib berkata kepentingan ekonomi penjagaan dapat dilihat menerusi masa yang diperuntukkan masyarakat untuk melaksanakan kerja domestik dan penjagaan tanpa bayaran.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia yang dibentangkan dalam ucapannya, rakyat Malaysia berumur 15 tahun dan ke atas menghabiskan purata lima jam 12 minit sehari bagi melakukan kerja domestik dan penjagaan tanpa bayaran, manakala tempoh bagi wanita adalah lebih tinggi, iaitu enam jam tujuh minit sehari.

Katanya, angka tersebut menggambarkan besarnya peranan aktiviti penjagaan dalam kehidupan masyarakat, sekali gus menunjukkan potensi untuk memperkukuh penyediaan perkhidmatan berkaitan secara lebih sistematik.

Beliau berkata ekonomi penjagaan tidak seharusnya dilihat dari sudut kebajikan semata-mata, sebaliknya turut berpotensi menjadi pemangkin kepada pewujudan peluang pekerjaan, keusahawanan dan pembangunan kerjaya profesional.

Dalam hal ini, katanya, penglibatan koperasi dapat membantu memenuhi keperluan masyarakat, khususnya keluarga yang memerlukan sokongan dalam mengurus tanggungjawab penjagaan anggota keluarga.

Mohd Zaib turut merujuk Malaysia Care Strategic Framework and Action Plan 2026–2030 yang merangkumi lima teras strategik, 24 strategi dan 47 inisiatif bagi memperkukuh ekosistem penjagaan negara.

Beliau berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) turut menyasarkan untuk melahirkan 50,000 penjaga berkemahiran menjelang 2030, sekali gus mencerminkan keperluan membangunkan tenaga kerja terlatih bagi memenuhi permintaan dalam sektor berkenaan.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan koperasi menilai potensi ekonomi penjagaan berdasarkan keperluan sebenar masyarakat, keupayaan organisasi dan permintaan pasaran sebelum meneroka sebarang inisiatif perniagaan.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

Projek SADV manggai 89 peratus tembu

KUCHING: Projek Kampung Digital Sungai Asap (SADV) ti ngaul pengawa ngelekat tali gentian optik sepemanjai 140 kilometer di Sungai Asap enggau Apau Koyan diatu udah