ARTIKEL

Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memotong reben merasmikan Pesta Makanan Autisme anjuran Persatuan Autisme Kuching.

Pesta Makanan Autisme KAA Raih RM400,000 Hasil Sokongan Komuniti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pesta Makanan Autisme anjuran Persatuan Autisme Kuching (KAA) berjaya mengumpul RM400,000 hasil sokongan padu masyarakat setempat, rakan korporat, penderma, sukarelawan dan orang ramai.

Kutipan dana itu diperoleh menerusi tiga sumber utama, iaitu jualan tiket sebelum acara, jualan tunai sepanjang pesta makanan berkenaan serta sumbangan daripada individu, syarikat korporat dan penyokong persatuan.

Orang ramai mengunjungi Pesta Makanan Autisme anjuran Persatuan Autisme Kuching.

Pengerusi pengumpulan dana KAA, Connie Yeo, berkata kejayaan itu membuktikan bahawa penganjuran acara kebajikan berskala besar memerlukan perancangan awal serta kerjasama erat pelbagai pihak.

Beliau berkata promosi sebelum acara, liputan media dan usaha mendekati masyarakat memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesedaran, menggalakkan pembelian tiket serta menarik lebih ramai pihak untuk menyokong usaha KAA.

“Kutipan RM400,000 itu bukan hasil daripada satu sumber sahaja, sebaliknya gabungan jualan tiket yang menggalakkan, jualan tunai sepanjang pesta makanan dan sumbangan murah hati daripada individu, syarikat korporat serta penyokong kami.

“Setiap tiket yang terjual, sumbangan dan derma, sama ada besar atau kecil, menyumbang kepada kejayaan ini serta membawa perubahan bermakna,” katanya.

Menurutnya, kejayaan pesta makanan itu bukan sekadar diukur berdasarkan jumlah dana yang dikumpulkan, malah turut dilihat melalui peningkatan kesedaran, penerimaan dan pemahaman masyarakat terhadap autisme.

Beliau berkata platform berkenaan memberi peluang kepada KAA untuk memperkenalkan peranan persatuan serta perkhidmatan yang disediakan kepada individu autistik dan keluarga mereka.

Pesta makanan itu menghimpunkan penyumbang makanan, penaja, penderma, sukarelawan, penjual tiket, ahli KAA dan penyokong persatuan, selain ribuan pengunjung yang hadir bagi menjayakan usaha pengumpulan dana berkenaan.

Yeo, yang juga pengerusi penganjur acara berkenaan berkata penyertaan pelbagai pihak menjadi antara aspek paling bermakna dalam menjayakan penganjuran berkenaan.

Menurutnya, komitmen jawatankuasa penganjur, sukarelawan, penyumbang makanan, penaja, penderma dan penjual tiket memastikan setiap pihak dapat memainkan peranan masing-masing.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu