ARTIKEL

Slam anjur konsert The Grand Slam Unplugged 2 Jun ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Kumpulan muzik legenda Slam kembali mencuri perhatian apabila mengumumkan penganjuran konsert The Grand Slam Unplugged 2, kesinambungan daripada konsert unplugged ikonik mereka yang mencetuskan fenomena lebih dua dekad lalu.

Konsert yang dijadual berlangsung pada 20 Jun depan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur itu akan membawa peminat mengimbau kembali detik persembahan unplugged pertama mereka pada 3 Ogos 1996 di Stadium Merdeka apabila kumpulan itu tetap meneruskan persembahan walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik.

Meneruskan legasi tersebut, Slam yang dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Man dan Lili kekal sebagai sebuah kumpulan selama lebih tiga dekad dalam industri muzik tanah air, sekali gus menjadi asas penganjuran konsert terbaharu berkenaan.

Pemain gitarnya, Shah berkata edisi kali ini meraikan perjalanan Slam bersama peminat serta perkembangan karya mereka yang terus diterima merentasi era muzik.

Beliau yang juga penganjur konsert menerusi syarikatnya SS Karya Ventures berkata, kekuatan Slam bukan hanya pada karya yang malar segar, tetapi juga kesepakatan serta sikap saling menghormati dalam kalangan ahli.

“Konsert ini merupakan kenangan terhadap lagu-lagu Slam yang terus hidup merentasi era kaset hingga platform penstriman dan masih diterima baik oleh peminat kami. Konsert ini menjadi apresiasi terhadap karya dan peminat kami,” katanya pada sidang media konsert itu di Kuang, Sungai Buloh, dekat sini semalam.

Menurutnya, pada konsert itu mereka akan mempersembahkan lebih 25 lagu menerusi tiga segmen yang menceritakan perjalanan muzik Slam dari awal hingga karya-karya malar segar, selain momen istimewa bersama artis jemputan.

Shah berkata setakat ini, sambutan terhadap konsert itu amat menggalakkan dengan lebih 60 peratus tiket telah terjual sejak dilancarkan.

Sementara itu, vokalis Slam, Zamani berkata idea mengangkat semula era 1996 berkait rapat dengan pengalaman mencabar yang pernah dilalui kumpulan tersebut ketika menjayakan persembahan dalam keadaan negara berdepan gangguan bekalan elektrik.

Beliau berkata ketika itu, Slam berjaya menghiburkan penonton walaupun dalam keadaan gangguan bekalan elektrik dan sistem bunyi terhad.

“Kami tak tahu masa itu satu Malaysia ‘blackout’. Apabila sampai di lokasi, kami dimaklumkan tiada bekalan elektrik dan pasukan produksi terpaksa menggunakan generator. Walaupun lampu tidak mencukupi dan bunyi tidak seperti biasa, kami tetap meneruskan persembahan,” katanya yang menyifatkan pengalaman itu sebagai simbol ketahanan dan komitmen Slam terhadap dunia muzik, yang ingin dikongsikan semula dengan peminat dalam konsert akan datang.

Konsert berkenaan turut menampilkan tiga pemain gitar jemputan iaitu Joe Branko, Kid Search dan Aznan Alias, selain penglibatan 20 pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan bagi memperkaya persembahan malam itu. – BERNAMA

BERITA LAIN

JEP SEPAHTU bayar zakat RM1.93 juta

JEP SEPAHTU sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi 16 resit pembayaran zakat bagi tempoh 2016 hingga 2025 yang menunjukkan jumlah keseluruhan kira-kira RM1.93 juta. Perkongsian

BERITA TERBARU

Chip semikonduktor ngaga meter karan

KUCHING: SMD Semiconductor deka nanggam kerejasama enggau siti kompeni ari China dikena ngadu langkar tengkebang chip semikonduktor Sarawak dikena ngaga meter karan. Premier Sarawak, Datuk

Projek jematan Sarawak diaku

KUALA LUMPUR: Jematan Muara Lassa di Bagi Menua Mukah nurai pemujur ngemegah ati pengudah Opis Kereja Raya (JKR) Sarawak menang kategori projek besai lebuh Road