ARTIKEL

Abang Johari menyaksikan penyampaian sumbangan SMA kepada PERYATIM pada Majlis Berbuka Puasa bersama Premier di Kuching, malam tadi.

SMA Sumbang RM10,000 Kepada PERYATIM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Suasana penuh keakraban dan kasih sayang mewarnai Majlis Berbuka Puasa anjuran Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) apabila seramai 37 anak yatim daripada Kompleks Kebajikan Laila Taib Kuching di bawah Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak (PERYATIM) diraikan bersama Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, malam tadi.

Majlis yang menjadi medan untuk berkongsi keberkatan Ramadan itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan berjumlah RM10,000 kepada PERYATIM bagi membantu menampung kos operasi institusi kebajikan berkenaan.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar SMA, Datuk Dr Anderson Tiong Ing Heng kepada Ketua Pegawai Eksekutif PERYATIM, Siti Hatizah Abang Sebit, sambil disaksikan oleh Abang Johari yang juga Pengerusi SMA.

Selain itu, anak-anak PERYATIM turut menerima duit raya daripada SMA.

Selesai majlis penyerahan sumbangan, para hadirin diperdengarkan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Addaha Zaidi sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Selepas berbuka puasa, Abang Johari bersama-sama para hadirin menunaikan solat fardu maghrib, isyak serta solat sunat tarawih sebelum majlis diteruskan dengan moreh.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Setiausaha Kewangan Negeri, Datuk Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar; Ahli Lembaga SMA, Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam serta beberapa tetamu lain.

Untuk rekod, SMA ditubuhkan pada 2017 dengan objektif utama menerajui, menyelia dan memudah cara pelaksanaan pembangunan komunikasi, multimedia serta inisiatif ekonomi digital negeri.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU