ARTIKEL

DOUGLAS UGGAH ditemui media selepas menerima lawatan kerja Lukanisman di KK Spaoh, hari ini.

Spaoh bakal mempunyai pusat hemodialisis

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SPAOH: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mewujudkan pusat hemodialisis di Spaoh.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas mendedahkan, kos yang dicadangkan bagi pusat berkenaan adalah RM1 juta.

“Mereka sudah bersetuju kerjasama antara BDDA dengan Klinik Kesihatan (KK) Spaoh untuk membina satu pusat hemodialisis di Spaoh yang bernilai RM1 juta.

“Pusat hemodialisi ini diperlukan kerana ramai orang Spaoh memerlukan rawatan tersebut…Justeru, inilah satu persetujuan yang kita capai hari ini dan terima kasih kepada KKM,” katanya.

Terdahulu Uggah menerima lawatan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni ke KK Spaoh.

ADUN Bukit Saban itu turut memohon kerajaan membina Klinik Kesihatan Jenis Empat (KK4) yang baharu di Spaoh.

“Hari ini Lukanisman dibawa melihat cadangan tapak pembinaan KK Spaoh yang baharu.

“Status sekarang untuk pembelian tanah, seterusnya pertimbangan dana bagi pembinaan klinik tersebut,” ujarnya.

Tambahnya, permohonan baharu dibuat ekoran klinik kesihatan sedia ada berada dalam keadaan sangat uzur.

KKM tahun ini meluluskan RM350,000 untuk menaik taraf KK Spaoh.

Lukanisman turut melakukan simbolik penyerahan ambulans kepada KK Spaoh.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Jadual Padat Lima Kejohanan Uji Kuching City

KUCHING: Jadual padat membabitkan lima kejohanan serentak menjadi antara cabaran terbesar Kuching City FC musim ini apabila tempoh pemulihan yang singkat memaksa The Cats melakukan