ARTIKEL

PRESIDEN SPECA...Datuk Rahman Lariwoo.

SPECA sambut baik cadangan beri status PR kepada pelabur luar dengan syarat menarik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Cadangan Kerajaan Sarawak untuk memberi status Penduduk Tetap (PR) kepada pelabur dari Semenanjung atau Sabah yang terlibat dalam pembangunan negeri ini mendapat respons baik dari pemain industri tempatan.

Presiden Persatuan Kontraktor Petroleum Sarawak (SPECA) Datuk Rahman Lariwoo menyifatkan cadangan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan menetapkan syarat kepada pelabur yang mahu mendapatkan status PR di Sarawak perlu memasukkan minimum RM2 juta ke dalam akaun deposit tetap negeri atau membeli hartanah bernilai RM1.5 juta ke atas sebagai idea yang bernas.

Katanya, ramai rakan perniagaan beliau di Kuala Lumpur berminat untuk mengambil peluang ini kerana menyedari potensi besar Sarawak dalam pelbagai industri khususnya tenaga baharu yang sedang rancak dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

“Mereka sangat berminat dengan cadangan ini kerana tahu politik di Sarawak adalah stabil, tidak seperti di Semenanjung Malaysia.

“Mereka mahu melabur di sini kerana Sarawak mempunyai banyak sumber dan bersedia menyumbang kepakaran dan idea untuk bersama-sama membangunkan negeri ini.

“Melalui kerjasama pintar ini, saya yakin ekonomi Sarawak akan dapat dipacu ke tahap yang lebih tinggi selepas ini, sekali gus membantu merealisasikan visi Premier Sarawak untuk menjadikan ekonomi negeri ini sebagai antara yang terbesar di Malaysia.”

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkara tersebut semalam.

Datuk Rahman yang juga Presiden Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) yakin pelabur dari luar negara juga berminat untuk menjadi penduduk negeri ini sekiranya diberi peluang.

Cadangan untuk mewajibkan ahli perniagaan yang berhasrat untuk berhijrah ke Sarawak dan terbabit dalam pembangunan ekonomi supaya memasukkan RM2 juta ke dalam bank milik kerajaan diutarakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Fadillah Yusof dalam satu majlis pada Sabtu.

Ia kemudiannya disokong oleh Premier Sarawak ketika ditanya media dalam satu majlis pada Ahad lalu, namun menetapkan tawaran tersebut hanya diberikan kepada pelabur yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira