BETONG: Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA) kini fokus untuk membentuk pasukan bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak (SPL) 2026.
Sesi pemilihan pemain bagi tujuan tersebut akan diadakan hujung minggu ini (Sabtu dan Ahad).
Setiausaha Kehormat BDFA, Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, sesi pemilihan dua hari tersebut diadakan di Kompleks Sukan Betong.
“Kita akan mengadakan sesi pemilihan pemain pada 25 dan 26 Julai ini (Sabtu dan Ahad). Ia akan bermula pukul 8 hingga 11 pagi,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.
Katanya, pencarian pemain untuk pembentukan skuad berkenaan khusus bagi kawasan Betong sahaja.
Dalam pada itu, Saiful menyeru pemain berbakat sekitar Bahagian Betong untuk hadir beramai-ramai menyertai pemilihan itu kelak.
Tegas Saiful, bagi pemain yang ingin mengetahui sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Cikgu Tommy di talian 014-9777395.


