ARTIKEL

PENGURUS... Awang Nashfarini.

SPL 2026: Permulaan positif buat Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Betong meraih satu mata penting selepas mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang ATM dalam aksi Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) di Kompleks Sukan Bau, petang tadi.

Keputusan itu sekali gus menjadi permulaan positif buat skuad kendalian Abdul Rahman Haji Sapaiee dalam kempen SPL musim ini.

MANTAP… Barisan kesebelasan utama pasukan Betong.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang sepanjang perlawanan, namun keadaan padang yang licin akibat hujan sebelum perlawanan sedikit menjejaskan pergerakan pemain.

Betong berpeluang memecah kebuntuan menerusi beberapa percubaan, namun penyudah kurang berkesan menyaksikan gawang ATM kekal tidak dibolosi.

Pengurus Betong, Awang Nashfarini Awang Sarbini memuji semangat juang pemain yang disifatkannya telah melaksanakan tugas dengan baik.

Nashfarini berharap pemain dapat mengekalkan momentum berkenaan dalam perlawanan akan datang.

Katanya, skuad Betong musim ini diperkuatkan dengan beberapa pemain baharu selain mengekalkan sebahagian muka lama.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira