ARTIKEL

PRESIDEN PBBS... Mohd. Azri Johari.

SPL 2026: Samarahan belasah Betong 7-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Skuad Samarahan meraih tiga mata selepas membelasah Betong 7-0 pada aksi kedua Zon Selatan, Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) di Padang Majlis Daerah Saratok (MDS), petang tadi.

Bekas pemain Kuching City FC, Izray Iffarul Roslan mencuri tumpuan apabila meledak hatrik pada minit ke-21, 37 dan 62.

Empat lagi gol Samarahan dijaringkan Alif Aiman pada minit ke-14, Raziman Razali (45+1), Faridz Amirul (74) dan Mohd. Alauddin Farid (90+3).

Kemenangan itu merupakan kemenangan kedua buat skuad kendalian Ideris Untong setakat ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS), Mohd. Azri Johari berkata, beliau gembira dengan persembahan pemain yang berjaya meneruskan momentum kemenangan.

Menurutnya, pemain berjaya melaksanakan tugas dengan sempurna selain menterjemahkan strategi yang diterapkan dengan baik.

Katanya, kemenangan itu hasil kerja keras semua pemain yang mempamerkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.

Azri berharap pemain dapat mengekalkan momentum berkenaan bagi menghadapi perlawanan seterusnya.

BERITA LAIN

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha