SERIAN: Pasukan Serian kini siap siaga untuk menghadapi PDRM pada aksi pertama Zon Selatan Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) di Kompleks Sukan Balai Ringin, petang esok (Sabtu).
Turun dengan satu misi iaitu mahu memastikan kemenangan dapat diperoleh.
Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), MD Haiqal Abdullah memberitahu, barisan pemain kini bersedia sepenuhnya untuk perlawanan petang esok.
“Kita turun dengan satu misi mahu memburu kemenangan.
“Saya percaya segalanya bukan mudah kerana pasukan lawan (PDRM) juga fokus dengan misi yang sama,” ujar Haiqal kepada Arena Suara Sarawak.
Tegas Haiqal, pihaknya tidak mengetahui akan kekuatan lawan dan mengingatkan kepada pemain agar sentiasa berwaspada.
“Yang penting sekali mengharap pemain dapat menterjemah strategi yang akan diguna pakai sepanjang perlawanan petang esok,” tambah Haiqal.

