ARTIKEL

JURULATIH BINTULU...Farhan Abdullah.

SPL 2026: Tugas Mencabar Bintulu Pertahan Kejuaraan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Ketua jurulatih pasukan Bintulu, Farhan Abdullah mengakui tekanan tetap menanti barisan pemainnya tatkala mengharungi kempen Liga Premier Sarawak 2026 (SPL 2026) yang akan disingkap tirainya pada 15 Ogos ini.

Aksi buka tirai bagi Zon Utara menyaksikan Bintulu akan menentang jiran tetangga iaitu Miri di gelanggang lawan.

“Bukan mudah untuk mempertahankan kejuaraan dalam keadaan semua pasukan terlibat sudah mempersiapkan jentera masing-masing.

“Yang pasti, kami juga sudah bersedia untuk menghadapi edisi kedua kejohanan berprestij itu nanti,” ujar Farhan kepada Arena Suara Sarawak.

Farhan akui, perubahan sedikit format pada saingan kali ini menuntut komitmen jitu dalam pelbagai aspek.

Dengan kata lain, fokus pasukannya ketika ini terarah kepada setiap perlawanan peringkat zon terlebih dahulu.

“Status juara yang ada bukan kredit bagi pemain untuk mengambil mudah setiap perlawanan,” tambah Farhan.

Skuad Bintulu mencipta sensasi luar jangkaan sebelum ini apabila muncul juara Zon Utara SPL 2025/2026 dan muncul juara Piala Premier Sarawak 2025/2026.
TAMAT/…

BERITA LAIN

BERITA TERBARU