ARTIKEL

SPRM reman lelaki disyaki terlibat kes rasuah pemeriksaan kenderaan berat di PUSPAKOM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan pemeriksaan kenderaan berat di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) di sini pada pagi ini.

Lelaki itu direman hingga Jumaat depan selepas Majistret Joanne Tan Xin Ying membenarkan permohonan reman yang dikemukakan oleh SPRM di Mahkamah Majistret di sini.

Terdahulu, suspek yang berumur 40-an itu tiba di mahkamah pada kira-kira jam 10 pagi dengan diiringi beberapa pegawai SPRM.

SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan suspek ditahan petang semalam, hasil kolaborasi strategik antara suruhanjaya itu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

SPRM berkata lelaki itu diserahkan oleh JPJ kepada SPRM petang semalam, dan ditahan selepas dirakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Kenyataan itu memberitahu siasatan awal mendapati suspek membuat bayaran berjumlah ratusan ringgit bagi setiap kenderaan yang diperiksa di PUSPAKOM sebagai balasan bagi meluluskan pemeriksaan berkenaan.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU