ARTIKEL

Sri Aman sasar lima terbaik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PASUKAN Sri Aman (FASA) sedia memberikan aksi terbaik pada kempen Liga Premier Sarawak 2025 yang akan bermula hujung September depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Sri Aman (FASA), Datuk Francis Harden Hollis percaya barisan pemain akan diberi kepercayaan menyarung jersi pasukan Sri Aman sedia gempur.

“Kita telah melantik jawatankuasa yang bertanggungjawab membentuk pasukan Sri Aman bagi menghadapi kempen Liga Premier Sarawak.

“Apa yang pasti, kita percaya pemain akan berusaha memberikan yang terbaik,” ujar Francis yang ditemui Arena Suara Sarawak selesai menyempurnakan Majlis Perasmian Liga Sri Aman, Piala Datuk Francis Harden Hollis 2025 di Kompleks Sukan Sri Aman semalam.

Beliau membayangkan bahawa pasukan Sri Aman dapat menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik.

Dalam pada itu, Francis yakin jawatankuasa yang dilantik sudah mengenal pasti pemain berpotensi untuk mewakili Sri Aman dalam kejohanan tersebut.

“Daripada apa yang dimaklumkan, jawatankuasa terbabit sudah mengenal pasti pemain terbaik menerusi pemantauan setiap perlawanan Liga Sri Aman 2025 yang dilangsungkan,” ujar Francis.

Liga Premier Sarawak 2025 akan bermula hujung September depan dan menyaksikan pembabitan 13 pasukan, iaitu 12 pasukan bahagian serta skuad PDRM. Format liga dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Zon Utara yang bakal menghimpunkan enam pasukan, Limbang, Miri, Bintulu, Mukah, Sibu dan Kapit.

Sementara itu, Zon Selatan dengan tujuh pasukan iaitu Sarikei, Betong, Sri Aman, Serian, Samarahan, Kuching dan PDRM.

Francis yang juga Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat mengucapkan syabas kepada barisan exco FASA kerana berjaya mengelolakan liga musim ini.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Langit Kalimantan bertukar jingga

JAKARTA: Seolah-olah babak dalam filem Mad Max, langit Kalimantan Tengah, Indonesia kembali diselubungi jerebu tebal berwarna jingga keperangan apabila kebakaran hutan dan tanah terus melanda

6 NEGERI TERIMA RM21.26 BILION

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan pembangunan berjumlah RM21.26 bilion kepada enam negeri yang ketinggalan dari segi pembangunan di bawah Belanjawan 2027 dengan agihan mengambil kira