SRI AMAN: Komuniti Gereja St. Stephen Pantu kini bernafas lega selepas menerima sumbangan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) berjumlah RM15,000 daripada Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Snowdan Lawan.
Datuk Snowdan, yang juga ADUN Balai Ringin, berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan beban kewangan gereja.
“Saya berharap sumbangan ini dapat meningkatkan keselesaan jemaah dalam menjalankan aktiviti keagamaan.
“Selain itu, saya juga akan menyumbang penghawa dingin untuk kegunaan jemaah di gereja ini,” katanya pada Majlis Merarau Gereja St. Stephen Pantu yang berlangsung di Dewan Sri Pantu, baru-baru ini.
Sumbangan tersebut diagihkan kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) Induk Gereja sebanyak RM10,000 dan Biro Wanita RM5,000.
Majlis itu turut bertujuan mengumpul dana bagi menampung kos baik pulih serta pelaksanaan aktiviti gereja.
Tambah beliau, majlis ini menunjukkan semangat kerjasama dan perpaduan komuniti setempat yang aktif menyokong kegiatan keagamaan dan sosial di Pantu.
“Oleh itu, saya menyeru agar budaya gotong-royong dan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat terus dipupuk demi kemajuan bersama,” ujarnya.

SPL 2026: BIFA Seru Penyokong Bintulu Penuhi Padang Sintetik BDA
BINTULU: Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Bintulu (BIFA), Sophie Shariee menyeru kehadiran penyokong ke Padang Sintetik BDA untuk memberi sokongan kepada pemain bagi aksi suku

