KAMPALA: Presiden Uganda Yoweri Museveni pada Rabu mentauliahkan Stadium Hoima City berkapasiti 20,000 tempat duduk, menandakan pencapaian penting dalam persiapan negara itu untuk menjadi penganjur bersama Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) 2027 .
Xinhua melaporkan bahawa stadium yang dibina dengan kos US$130 juta itu diserahkan secara rasmi kepada kerajaan semasa satu majlis yang diadakan di Hoima City, Wilayah Barat Uganda.
“Piala Negara-Negara Afrika yang akan dianjurkan Uganda pada 2027 telah mendorong kami untuk melakukan sesuatu di sini di Hoima City,” kata Museveni.
Wanita Pertama merangkap Menteri Pendidikan dan Sukan, Janet Museveni mengucapkan terima kasih kepada presiden dan kerajaan kerana mengutamakan projek berkenaan.
Uganda akan menjadi penganjur bersama AFCON 2027 dengan Tanzania dan Kenya. – BERNAMA



