ARTIKEL

STB bersih daripada salah laku rasuah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) setakat ini tidak terlibat dalam apa-apa tindakan salah laku rasuah, kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu mendedahkan badan tersebut masih menunjukkan rekod bersih kecemerlangan tanpa membabitkan sebarang masalah integriti mahupun rasuah.

“Kalau ada pun berlaku (rasuah) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan datang tapi setakat ini tiada, semua bersih.

“Saya ada mendengar khabar angin apabila ada yang tidak berjaya mendapat tender akan pergi ke media sosial dan itu adalah perkara biasa,” katanya.

Karim berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Intergriti anjuran STB di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tegas Karim, sekiranya didapati berlaku kes sedemikian, pihaknya akan tampil membuat laporan bagi memastikan perkara terbabit dapat dihapuskan berdasarkan penguatkuasaan undang-undang.

Mengenai Hari Integriti terbabit, beliau menegaskan ia sebagai bukti STB dalam menyokong usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Sarawak.

Jelasnya, kelulusan Rang Undang-Undang Ombudsman Sarawak sedikit sebanyak akan memperbaiki perjalanan pentadbiran kerajaan dengan STB.

“Kita memang mengalu-alukan untuk melihat pengurusan pentadbiran sama ada dari pihak kerajaan, agensi dan kementerian menjurus kepada mengamalkan integriti supaya negeri, negara dan agensi ditadbir dengan baik,” katanya.

LAIN-LAIN BERITA

Tun Taib meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Mantan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menghembus nafas terakhir di pusat perubatan C-V-S Kuala Lumpur pada 4.40 pagi

BERITA TERBARU

Hias bilik anak

PADA USIA TERTENTU, ibu bapa harus mengajar anak-anak mereka untuk tidur secara berasingan. Untuk itu, penyediaan dan dekorasi bilik anak memainkan peranan penting untuk memastikan