ARTIKEL

Stesen Petronas di Sarawak mula terima bekalan diesel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Stesen minyak Petronas di Sarawak mula menerima penambahan bekalan diesel hari ini selepas terputusnya bekalan bahan api tersebut sejak beberapa hari lalu.

Menurut Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Petronas Dagangan Berhad (PDB) ketika ini sedang giat melaksanakan penghantaran bahan api tersebut.

“Pemantauan dan pemeriksaan sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, PDB dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan stesen minyak Petronas di seluruh negara sedang menghadapi masalah kehabisan stok diesel.

Katanya, isu berkenaan dijangka berterusan sehingga 31 Disember ini dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang dialami oleh para pengguna.

“Namun kami ingin memberi jaminan, bahawa kami sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa serta pihak berkepentingan bagi meminimumkan gangguan tersebut,” katanya.

Tambahnya, orang ramai yang memerlukan bantuan atau maklumat lanjut, boleh menghubungi Mesralink di talian 1300-888-181.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU