ARTIKEL

Pengurus Besar STIDC Datu Zainal Abidin Abdullah menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sempena pelancaran Program Rantaian Bekalan dan Penyumberan Global Sarawak 2026 di sebuah hotel di Kuching, hari ini.

STIDC Ketengahkan TRACE Pada Program Rantaian Bekalan Dan Penyumberan Global Sarawak 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) mengetengahkan Sistem Kawal Selia dan Pematuhan Industri Kayu (TRACE) serta Taman Perabot pada Program Rantaian Bekalan dan Penyumberan Global Sarawak 2026 bagi memperkukuh industri perkayuan, menyokong pembuatan perabot serta menarik pelaburan baharu ke Sarawak.

STIDC menyertai acara itu yang diadakan di sebuah hotel di sini sebagai pempamer bermula hari ini hingga 30 September ini, dengan mengetengahkan produk, perkhidmatan, sistem kawal selia serta peluang pelaburan kepada pelabur, rakan perniagaan dan pemain industri dari pelbagai negeri dan wilayah.

“TRACE merupakan antara inisiatif utama yang diketengahkan di reruai pameran STIDC. Sistem berkenaan menyokong kawal selia dan pematuhan industri kayu dengan menyediakan pendekatan yang lebih sistematik dalam mengurus keperluan kawal selia berkaitan industri.

“Ia merupakan sebahagian daripada usaha STIDC untuk memperkukuh pematuhan serta menyokong industri perkayuan yang dikawal selia dengan baik, seiring perkembangan dan peluasan sektor berkenaan kepada aktiviti hiliran,” menurut STIDC dalam kenyataan.

STIDC menambah dengan memperkenalkan TRACE bersama Taman Perabot, pihaknya mengetengahkan sokongan kawal selia yang tersedia kepada pemain industri selain peluang pelaburan dalam sektor kayu hiliran dan perabot di Sarawak.

Menjelas lanjut, ia berkata cadangan pembangunan Taman Perabot itu bertujuan menyokong pengembangan industri perabot Sarawak serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada syarikat untuk bergerak lebih jauh ke peringkat hiliran dalam rantaian nilai industri perkayuan.

Selain TRACE dan Taman Perabot, STIDC turut mengetengahkan program latihan khusus yang bertujuan melahirkan tenaga kerja berkemahiran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU